BanjirBANTUAN

Bantuan Khas Tunai RM1000 Awal Tahun 2023

Bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 ini adalah merupakan sebuah inisiatif pemberian pihak kerajaan negeri untuk mereka yang terjejas. Pihak kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan ini akan disalurkan pada bulan Januari dan Februari tahun 2023. Pemberian ini akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan untuk menerima.

PENERIMA INSENTIF KHAS

Untuk makluman umum, selaku Menteri Besar negeri Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau telah memberitahu bahawa bantuan khas tunai ini, akan diberikan kepada kumpulan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir yang sedang berlaku di negeri tersebut.

Menerusi pemberian bantuan ini, ia akan memberikan manfaat kepada kira-kira sekitar 10,000 penerima bagi membantu meringankan beban. Setelah mengalami kerugian harta benda akibat bencana banjir teruk yang bermula dari 17 Disember 2022.

Tambahan pihak kerajaan negeri Terengganu juga telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan berbentuk kewangan sebanyak RM10,000 kepada golongan keluarga yang mempunyai kematian ahli keluarga disebabkan akibat banjir ini.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas tunai ini dijadualkan akan diberikan pada bulan Januari dan Februari 2023. Bantuan secara berperingkat kepada mereka yang terjejas akibat banjir. Kadar bantuan akan diberikan sebanyak RM1,000 untuk setiap KIR.

Menurut Menteri Besar negeri Terengganu, proses pemberian ini akan mengambil masa sedikit kerana pihak kerajaan perlu meneliti senarai mangsa banjir daripada pihak jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan tersebut.

Perkara ini bagi memastikan bantuan ini dapat diberikan kepada golongan mangsa banjir yang benar-benar layak untuk menbantu meringankan kos kerugian selepas bencana banjir.

SUMBANGAN TAMBAHAN

Selain daripada bantuan khas tunai ini, kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk menyalurkan sumbangan bantuan yang berbentuk pembinaan semula rumah atau membaiki kediaman yang terkesan akibat banjir.

Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan yang terjejas akan meneliti perkara ini. Untuk dibawa ke pihak pengurusan kerajaan negeri Terengganu. Sumber dari harian Metro.

Sekiranya anda merupakan anak kelahiran negeri Terengganu, semak bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri yang berkelayakan untuk anda mohon. Sila ke portal rasmi iBantuan Terengganu – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas ini, terdapat pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan boleh dibuat di laman utama – SEMAK DISINI untuk sebagai rujukan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button