BANTUANBSHSara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan : Cek Kelayakan

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 adalah merupakan inisiatif yang disediakan pada tahun ini dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang layak. Untuk makluman, terdapat pelbagai kemudahan dan insentif yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan.

BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Perlaksanaan program bantuan sara hidup (BSH) adalah merupakan bantuan yang diberikan secara bulanan berjumlah RM300. Bantuan khas ini adalah dibawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan kewangan ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang terdiri daripada para veteran. Bantuan Sara Hidup ini amat memberi manfaat kepada mereka yang berkelayakan.

 SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan khas BSH RM300 sebulan ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Had kelayakan umur yang dipertimbangkan adalah 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan bulanan dibawah (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  • Veteran ATM
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang beekerja sepenuh masa
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak layak mohon
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib
  • Mempunyai faktor kesihatan atau mempunyai penyakit yang menjejaskan pekerjaan (Perlu Surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
  • Kepada anak yatim piatu perlu berumur di bawah 18 tahun atau 21 tahun jika masih belajar. Kepada anak cacat kekal tiada syarat had umur
  • Kes berkaitan berkeperluan boleh dipertimbangkan

CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) bernilai RM300 sebulan boleh dimohon. Panduan lengkap cara mohon dan semakan status telah disediakan, sila layari laman web rasmi BSH JHEV – DI SINI

Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan, borang boleh dimuat turun di laman rasmi diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan BSH, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan bagi membantu raykat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button