ePengeluaranKWSP

Rasmi : Permohonan E-Pengeluaran KWSP Boleh Dikemukakan

Rasmi : Permohonan E-Pengeluaran KWSP dibenarkan dan boleh dikemukakan oelh ahli yang menepati syarat yang ditetapkan. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran untuk pencarum yang memerlukan.

RASMI : PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan sebuah kemudahan e-pengeluaran kepada ahli KWSP. Tahukah anda sebenarnya jika anda merupakan pencarum KWSP, anda boleh membuat pengeluaran wang simpanan sebelum hari persaraan.

Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan kepada ahli selagi mematuhi terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan. Menerusi e-pengeluaran ia terbahagi kepada dua (2) iaitu secara pengeluaran sebahagian dan sepenuhnya.

Untuk sedia maklum, kemudahan epengeluaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua secara online melalui i-akaun. Di bawah dikongsikan berkenaan syarat kelayakan, manfaat dan jenis pengeluaran yang dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Pihak KWSP telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi menggunakan kemudahan e-pengeluaran seperti berikut :

  1. Ahli KWSP (Pencarum)
  2. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  3. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  4. Permohonan pengeluaran boleh dikemukakan tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum
  5. Bayaran dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa/ simpanan ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pengeluaran pra-persaraan (Sebahagian)

  • Perumahan (Beli rumah, bina rumah, menyelesaikan baki pinjaman rumah dan ansuran bulanan pinjaman rumah)
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Umur mencapai 50 tahun
  • Simpanan melebihi 1 juta

Pengeluaran persaraan (Sepenuhnya)

  • Umur 55 tahun
  • Umur 60 tahun
  • Dividen tahunan

CARA DAFTAR PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Seperti sedia maklum, ahli KWSP boleh mengemukakan permohonan kemudahan istimewa ini secara online pada bila-bila masa. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi e-Pengeluaran KWSP – DI SINI

Pada tahun ini juga pihak KWSP telah melancarkan satu lagi kemudahan pengeluaran melalui FSA2 yang bertujuan membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan. Kadar pembiayaan yang dibenarkan adalah serendah RM3000 sehingga RM50000.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button