BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan : Istimewa Untuk Golongan B40

Bantuan E-Wallet RM300 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2023. Untuk pengetahuan umum, bantuan istimewa ini disediakan bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 dan golongan B40.

BANTUAN E-WALLET RM300 SEBULAN

Terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan yang telah dperkenalkan pada tahun ini dan salah satunya bantuan e-wallet ini. Program yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera ini adalah merupakan bantuan e-wallet yang diberikan secara setiap bulan kepada pemohon yang layak.

Perlaksanaan program BINGKAS ini adalah merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban kewangan golongan B40. Dengan adanya insentif BINGKAS ini dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun 2023 adalah bagi meringankan beban kewangan. Bantuan e-wallet ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar dengan jumlah RM300 sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET RM300

Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BINGKAS yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan setiap bulan RM3,000 dan ke bawah /Golongan B40
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor

CARA MOHON BANTUAN E-WALLET BINGKAS

Bagi makluman umum, permohonan bantuan istimewa kehidupan sejahtera ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online.

Panduan lengkap cara mohon bantuan ini telah disediakan, untuk kemukakan permohonan sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Bagi memudahkan semakan permohonan dilakukan, sila sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan) jika ada
  • Salinan kad pengenalan tanggungan anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan slip gaji / pencen terkini (Penjawat awam dan pesara)
  • Salinan penyata KWSP atau EA (Pekerja swasta)
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (Tidak bekerja / bekerja sendiri)

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button