BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk Rakyat

BWE : Pemberian Bantuan RM500 sebulan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini adalah merupakan sebuah bantuan bulanan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

BWE : PEMBERIAN BANTUAN RM500

Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Salah satu insentif yang boleh dimohon adalah melalui Skim bantuan kebajikan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam skim bantuan kebajikan terdapat satu (1) insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif ini pada kadar RM500 setiap bulan secara automatik.

Tujuan perlaksanaan program insentif BWE ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan golongan orang tua yang memerlukan. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN BWE

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BWE RM500 sebulan ini seperti berikut :

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di negara ini
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa, purata miskin perkapita semasa
  3. Berumur 60 tahun dan keatas (Warga emas)
  4. Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  5. Tidak tinggal di pusat jagaan harian atau kediaman yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan umum, program bantuan khas BWE ini boleh dimohon sepanjang tahun oleh rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan. Sekiranya anda atau ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE

Kepada mereka yang berada dalam golongan terjejas yang menepati syarat yang ditetapkan oleh JKM ini, permohonan boleh dikemukakan pada bulan ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai penuh bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button