KWSPPengeluaran Khas 2.0

Pengeluaran KWSP 2.0 Untuk Pencarum Yang Terjejas

Pengeluaran KWSP 2.0 untuk pencarum yang terjejas. Itulah kenyataan dari pihak Pertubuhan gagasan Rakyat (PGIR) yang menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.

Baru-baru ini terdapat pelbagai pihak bukan kerajaan telah menyuarakan pendapat dan kebanyakannya telah mendesak kerajaan bagi meluluskan pengeluaran khas KWSP kali ini.

PENGELUARAN KWSP

Seperti sedia maklum, sebelum ini pihak kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas KWSP sehingga maksimum RM10,000 secara one-off pada tahun 2022. Pada tahun ini atas beberapa faktor seperti pendemik yang masih belum pulih, peningkatan kos sara hidup dan mereka yang terkesan dari segi kewangan akibat diberhentikan kerja.

Ramai pencarum mengharapkan pengeluaran khas sekali lagi dapat diluluskan untuk tujuan kelangsungan hidup. Jika diluluskan, ramai pencarum yang memerlukan akan gembira kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Untuk makluman, baru-baru ini Pertubuhan gagasan rakyat atau lebih dikenali sebagai PGIR telah menggesa kerajaan bagi meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 yang menyasarkan kira-kira 3 juta pencarum yang terjejas seluruh negara.

PENGELUARAN UNTUK PENCARUM YANG MEMERLUKAN

Selaku Presiden PGIR iaitu Azmi Mohd Tahir, beliau telah berkata. Daripada kajian yang dijalankan pihak PGIR mencadangkan supaya pengeluaran khas dibenarkan kepada 3 juta pencarum yang benar-benar memerlukan.

Setakat bulan ini, pihak PGIR telah menerima aduan dan laporan dari 320,000 pencarum yang sedang terjejas. Jumlah aduan ini diambil daripada borang aduan yang diberikan dari PGIR.

Pihak PGIR berharap bahawa kerajaan kali ini memandang serius berkenaan pengeluaran KWSP ini bagi membantu para pencarum pada tahun ini. Ramai pencarum sedar bahawa amaun simpanan akan susut, namun atas beberapa faktor. Ramai ahli yang inginkan pengeluaran khas ini bagi tujuan penting.

Sehingga hari ini ramai rakyat yang terjejas kerajaan ekonomi domestik yang tidak stabil. Diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan sebaik mungkin berkenaan pengeluaran khas ini.

INFO LANJUT

Terdapat pelbagai kemudahan, program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini terutama untuk golongan b40 dan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button