BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

STR 2024 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Telah Diumumkan

STR 2024 : Jumlah bayaran mengikut kategori kelayakan telah diumumkan pada sidang Belanjawan baru-baru ini. Untuk sedia maklum, kadar bayaran yang akan diberikan pada tahun depan adalah sehingga RM3,700.

STR 2024 : JUMLAH BAYARAN

Perdana Menteri dan selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024. Inisiatif istimewa STR ini adalah merupakan bantuan kewangan yang melibatkan hampir mejoriti rakyat yang memerlukan.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa peruntukan STR tahun 2024 ditingkatkan daripada 8 bilion kepada 10 bilion. Pemberian STR tahun depan akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta rakyat bersamaan 60 peratus daripada penduduk kategori dewasa.

Apa yang menarik ialah kadar pemberian juga dinaikkan pada tahun hadapan sehingga RM3,700. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

KADAR BAYARAN STR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori bagi pemberian STR 2024 seperti di bawah.

KATEGORI BELIA (BUJANG)

  • RM500 (Kadar dinaikkan daripada RM350 tahun 2023)

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA)

  • Sehingga RM3,700 (Kadar dinaikkan daripada RM3,100 tahun 2023)
  • Bagi kategori isi rumah akan terpecah kepada 2 bahagian iaitu B40 dan M40
  • Jumlah bayaran bergantung kepada pendapatan bulanan dan bilangan tanggungan anak

STR TAMBAHAN (SARA)

  • RM1,200 (Bantuan RM100 dikreditkan dalam Mykad penerima miskin tegar selama 12 bulan)
  • SARA telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,200 setahun

TARIKH BAYARAN STR 2024

Buat masa ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh bayaran STR tahun depan akan mula dikreditkan sebelum aidilfitri (Februari) bagi fasa 1. Kadar yang akan dibayar pada fasa pertama nanti adalah maksimum RM500 berbanding tahun 2023 RM300.

Manakala kepada mereka yang bukan penerima STR, permohonan akan mula dibuka pada bulan November ini (Bulan depan). Permohonan boleh dikemukakan secara online dan perlu sertakan dokumen penting yang diperlukan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Untuk rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh semak status bayaran tahun ini dan 2024. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button