BANTUANMyKasihPemberian

MyKasih : Pemberian Bantuan Disalurkan Sehingga Disember

MyKasih : Pemberian Bantuan berjumlah maksimum RM1,200 akan disalurkan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

MYKASIH : PEMBERIAN BANTUAN SARA

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun 2024. Program SARA ini adalah merupakan lanjutan dari Sumbangan Tunai Rahmah.

Pemberian bantuan tambahan ini hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima STR 2024. Kadar jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori kelayakan dari RM150, RM300, RM600 dan RM1,200.

Bantuan istimewa ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang terdiri daripada kategori miskin/ miskin tegar dan bukan miskin tegar. Kaedah bayaran diagihkan dengan cara pengkreditan ke dalam mykad dan kredit ke akaun BSN/ tebus di kaunter bagi penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2024

Bagi pengetahuan umum, insentif SARA ini disalurkan berperingkat sehingga Disember ini. Kadar jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori penerima STR seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMA STR (MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Kategori isi rumah : RM1,200
  • Kategori warga emas : RM1,200
  • Kategori bujang : RM600

PENERIMA STR (BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Kategori isi rumah : RM300
  • Kategori bujang : RM150
  • Kategori warga emas : RM150

TARIKH JADUAL BAYARAN PEMBERIAN MYKASIH

Bagi penerima berstatus miskin dan miskin tegar kawasan negeri di semenanjung, pengkreditan RM100 dan RM50 dikreditkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024. Untuk kawasan negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan, bayaran akan disalurkan 2 kali setahun pada Februari dan Ogos 2024.

Kepada penerima STR bukan berstatus miskin dan miskin tegar, tarikh bayaran akan dimaklumkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat. Tujuan perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi meringankan kos sara hidup serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH

Sekiranya anda merupakan penerima STR tahun ini, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA ini boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap dan cara semak telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – MyKasih SARA (2024)

Nota : Bantuan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button