Senarai Jenis Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan Untuk Ahli KWSP
JENIS PENGELUARAN KHAS YANG DIBENARKAN UNTUK AHLI KWSP
Seperti berikut adalah senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan untuk dilakukan oleh ahli KWSP. Sementara menunggu berita berkenaan pengeluaran khas KWSP 2.0, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang boleh ahli lakukan untuk tujuan peribadi selagi mengikuti syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Jika anda merupakan pencarum KWSP, anda layak untuk memohon pengeluaran khas KWSP melalui 18 Jenis pengeluaran akaun 1 & 2 KWSP. Terdapat 2 kategori pengeluaran wang iaitu secara penuh atau sebahagian wang KWSP.
Pengeluaran Wang KWSP
Berikut merupakan senarai jenis pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian yang boleh dimohon dan dibuat oleh ahli KWSP.
Pengeluaran Penuh
- Berumur 55 tahun
- Hilang daya upaya
- Meninggalkan negara Malaysia
- Pesara
- Berumur 50, 55 dan 60 tahun
Pengeluaran Sebahagian
- Berumur 50 tahun
- Bina / ubah suai rumah sendiri
- Pendidikan
- Kesihatan
- Rumah fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Haji
- Pinjaman Perumahan
- Ansuran bulanan rumah
- Simpanan melebihi 1 juta ringgit
Kepada pencarum yang berumur 50 -54 tahun, berumur capai 60 tahun ,mempunyai simpanan KWSP, pengeluaran membeli atau membina rumah dibenarkan.
Untuk semakan penuh berkenaan senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan kepada ahli KWSP, anda boleh layari Portal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat pelbagai kemudahan, program, skim dan bantuan telah disediakan oleh pihak KWSP dan Kerajaan, jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada khususnya bantuan berbentuk kewangan, anda boleh ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI