Pihak Kerajaan telah memberi makluman khas berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, proses bayaran BKM Fasa 3 akan mula dikreditkan pada bulan September 2022. Pada edisi pembayaran kali ini akan merangkumi semua kategori iaitu Bujang, Isi Rumah dan Warga emas.
Dalam entri kali ini pihak kami akan kongsikan maklumat berkenaan panduan semakan kelayakan bayaran yang akan didapatkan bagi setiap kategori, jumlah bayaran dan jadual pembayaran Fasa 3 BKM bagi tahun 2022 yang memberikan manfaat kepada ramai rakyat Malaysia.
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
Untuk makluman semua, kadar bayaran kali ini akan diberikan sehingga RM 900, jumlah bantuan bergantung kategori kelayakan penerima. Anda boleh membuat semakan mudah melalui laman rasmi BKM – DI SINI
PEMBAYARAN BKM TELAH BERMULA
Fasa 1 bermula 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat (Telah selesai)
Fasa 2 bermula 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat (Telah selesai)
Fasa 3 bermula September 2022 dikreditkan secara berperingkat (Dalam proses)
Fasa 4 bulan Disember 2022 dikreditkan secara berperingkat (Akan diumumkan tarikh pembayaran pada bulan November 2022).
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan BKM, anda boleh layari portal rasmi BKM – DI SINI
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan untuk mendapatkan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ini semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI