Rumah PPR adalah merupakan skim perumahan kos rendah mampu milik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Program ini bagi penempatan semula setinggan serta membantu memenuhi keperluan asas tempat tingggal bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.
PROGRAM RUMAH PPR TAHUN 2022
Untuk sedia maklum, pihak Jabatan Perumahan Negara di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan adalah merupakan agensi perlaksanaan bagi semua projek PPR di dalam negara Malaysia.
Program Perumahan Rakyat ini terdiri dari 2 kategori iaitu untuk dimiliki atau disewa. Bagi semua projek perumahan PPR ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk khas perumahan kos rendah yang telah ditetapkan dalam standard perumahan kebangsaan. Perumahan kos rendah rumah pangsa 2022.
Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang sedang mencari rumah mampu milik untuk sewaan atau dimiliki, sila semak maklumat penuh panduan daftar permohonan rumah PPR serendah RM 124 sebulan di bawah. Untuk ketahui senarai program rumah mampu milik, anda boleh semak senarai – DI SINI
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi program rumah PPR ini telah ditetapkan seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia
- Individu yang berumur 18 tahun dan keatas
- Pemohon dan pasangan sedang mencari rumah pertama untuk dimiliki
- Pendapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah
- Mengikut syarat tambahan yang telah ditetapkan mengikut kerajaan negeri masing-masing.
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN
Untuk permohonan, anda boleh membuat secara atas talian atau manual seperti berikut.
PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN
- Langkah pertama sila layari portal rasmi TEDUH – DI SINI
- Jika ada masih belum mempunyai akaun SPRN, anda perlu daftar di laman tersebut
- Setelah akaun telah didaftarkan, sila tekan log masuk untuk membuat permohonan
- Sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan sehingga selesai permohonan.
PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Bagi anda yang ingin membuat permohonan secara manual, anda perlu sediakan dokumen penting dan lengkapkan permohonan secara isi borang
- Anda boleh hubungi pihak bahagian perancangan dan pembangunan projek PPR untuk setiap negeri – SEMAK DISINI
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan rumah PPR ini, sila hubungi talian khas di 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan).