BANTUANSARASTRSTR TambahanSumbangan Asas Rahmah

Rasmi : Sumbangan Asas Rahmah RM600 Mula Dikreditkan

Rasmi : Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARa adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR. Bagi sedia maklum, pengagihan bantuan tambahan STR ini akan mula dikreditkan pada 17 Julai 2023.

RASMI : SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Program pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bernilai RM600 ini adalah merupakan sebuah insiatif tambahan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi makluman umum, penerima STR yang mempunyai kriteria kelayakan akan menerima bantuan khas ini.

Kepada mereka yang layak dapatkan insentif tambahan ini akan menerima jumlah bayaran STR pada tahun ini sebanyak RM3,100. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif tambahan ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas.

Untuk makluman, pemberian STR tambahan SARa ini diberikan bukanlah secara tunai. Inisiatif ini diagihkan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Kepada mereka yang layak, anda akan menerima pembayaran sebanyak RM600 yang diberikan selama 6 bulan (RM100 setiap bulan). Pengekreditan ke dalam kad pengenalan akan dilakukan secara automatik setiap bulan.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Berikut adalah jadual pembayaran bagi bantuan SARa kepada mereka yang layak seperti di bawah :

  • Fasa 1 (Bermula 17 Julai) : RM100
  • Fasa 2 (Ogos) : RM100
  • Fasa 3 (September) : RM100
  • Fasa 4 (Oktober) : RM100
  • Fasa 5 (November) : RM100
  • Fasa 6 (Disember) : RM100

SYARAT KELAYAKAN

Untuk sedia maklum kelayakan bantuan khas ini terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR
  • Kategori isi rumah yang tersenarai dalam golongan miskin tegar melalui data ekasih
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi PGK miskin tegar iaitu RM1,169 berdasarkan semak silang agensi pendapatan

SEMAKAN STATUS

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini. Sila layari laman rasmi MyKasih SARa – DI SINI

Sekiranya maklumat peribadi anda dipaparkan, bermakna anda layak menerima inisiatif tambahan khas ini sehingga bulan Disember 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk masa ini pihak kerajaan telah menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button