BANTUANBaucarJimat AirShopee

Baucar Bernilai RM400 : Boleh Ditebus Oleh Rakyat Malaysia

Baucar bernilai RM400 kini boleh ditebus oleh rakyat Malaysia melalui kempen jimat air 4.0 yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Untuk makluman, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia.

BAUCAR BERNILAI RM400 PERCUMA

Tahukah kalian, dalam usaha pihak kerajaan untuk menggalakkan pengguna (rakyat Malaysia) menggunakan produk cekap air. Hasil kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan pihak Shopee telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Kempen Jimat Air 4.0.

Menerusi inisitif tersebut, baucar bernilai RM400 ditawarkan percuma kepada pengguna layak untuk mendapatkan pelbagai produk berasaskan jimat air. Dengan adanya baucar percuma shopee ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin membeli barangan jimat air.

Bagi pengetahuan umum, bagi membantu mereka yang memerlukan program ini masih terus dilaksanakan sehingga hari ini telah memasuki edisi ke 4. Program ini merupakan kesinambungan daripada kempen jimat air sebelum ini yang pernal dilancarkan.

JENIS BAUCAR BERNILAI RM400 (PECAHAN)

Kepada rakyat Malaysia, anda boleh menyertai kempen ini untuk tebus baucar RM400 yang ditawarkan dengan hanya mengesahkan akaun Shopeepay.

Dibawah telah disediakan jenis pecahan baucar yang akan diberikan kepada pengguna Shopee seperti berikut :

  • Baucar diskaun 50% bagi mendapatkan barangan paip (sehingga 50 peratus)
  • RM200 baucar untuk membeli mesin basuh
  • RM150 baucar untuk mendapatkan kelengkapan mandi serta jamban

Nota : Masih ramai yang tidak mengetahui tentang baucar khas yang ditawarkan dalam kempen jimat air 4.0 ini. Kepada mereka yang sedang mencari barang berasaskan cekap tenaga atau barang lain yang berkaitan, sila claim baucar tersebut untuk mendapatkan manfaat dari inisiatif istimewa ini.

PANDUAN CARA TEBUS BAUCAR

Jika anda sedang mencari barang seperti mesin basuh atau mempunyai kenalan yang sedang mencari, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rebat RM400 ini. Panduan lengkap cara tebus baucar telah disediakan, sila layari laman rasmi Kempen Jimat Air 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button