BANTUANeTunai

Kerajaan Umum Bantuan E-Tunai RM100 : Tarikh Perlaksanaan

Kerajaan umum bantuan e-tunai bernilai RM100 akan diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada golongan B40 & M40. Untuk sedia maklum, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan pada tahun ini bagi meringankan beban golongan sasar.

KERAJAAN UMUM BANTUAN E-TUNAI

Baru-baru ini terdapat satu lagi inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inisiatif istimewa tersebut dikenali sebagai bantuan e-tunai RM100 secara percuma.

Apa yang menarik adalah sebelum ini pada 26 Jun 2023, kerajaan telah melaksanakan ebelia rahmah dimana golongan belia dan mahasiswa. Boleh menebus kredit e-tunai RM200 secara one- off.

Atas dasar keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk memberi kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berumur 21 tahun ke atas. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dikalangan masyarakat tahun ini.

KERAJAAN UMUM SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dalam sidang majlis peluncuran ekonomi Madani, Menteri Kewangan turut memaklumkan syarat kelayakan asas bagi bantuan e-tunai RM100 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan tahunan RM100,000 kebawah
  • Berada dalam kategori B40 & M40 pada tahun ini

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN E-TUNAI

Bagi makluman umum, kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh perlaksanaan pemberian bantuan r-tunai khas RM100 ini. Pemberian akan dijalankan berperingkat pada suku keempat tahun 2023, bermakna akan dilaksanakan pada bulan Oktober, November atau Disember ini.

Segala maklumat terkini berkenaan program khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Ramai yang tidak tahu agensi dibawah kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyakarat telah menyediakan lebih daripada 10 jenis inisiatif. Bantuan-bantuan yang ditawarkan JKM melibatkan kadar sehingga RM1,000 sebulan.

Rata-rata insiatif yang ada dalam skim bantuan kebajikan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40 memerlukan dan miskin tegar. Untuk semakan syarat kelayakan dan senarai batuan yang ada dalam skim bantuan kebajikan, sila layari portal rasmi ebantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah mengumumkan lebih banyak bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat. Sila ke laman utama untuk lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button