BANTUANBaucarKempen Jimat Air

Kempen Jimat Air 4.0 : Cara Claim Baucar Percuma RM400

Untuk makluman umum, program kempen jimat air 4.0 telah dilaksanakan pada tahun ini bermula Mac 2023. Program ini adalah salah satu usaha pihak kerajaan menggalakan rakyat Malaysia untuk menggunakan produk cekap tenaga.

KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee telah melancarkan program Kempen Jimat Air 4.0 pada tahun ini. Dalam program khas ini, baucar rebat bernilai sehingga RM400 telah ditawarkan kepada pengguna yang layak untuk mendapatkan produk jimat air.

Kempen khas ini dikendalikan oleh pihak SPAN dengan kerjasama Shopee. Perlaksanaan program ini adalah merupakan kesinambungan dari kempen jimat air yang dilaksanakan sebelum ini.

Kepada rakyat Malaysia, anda boleh menyertai kempen ini dan mendapatkan manfaat dari baucar percuma yang ditawarkan. Pengesahan akaun Shopeepay perlu bagi menyertai kempen ini.

KADAR BAUCAR YANG DITAWARKAN

Terdapat 3 jenis bantuan baucar yang akan diberikan kepada pengguna shopee seperti berikut :

  • Baucar RM150 bagi mendapatkan barang kelengkapan mandi dan tandas
  • Baucar RM200 untuk pembelian mesin basuh
  • Diskaun baucar sehingga 50% untuk mendapatkan barangan kepala paip

Berikut adalah senarai perkakas dalam kempen khas ini pada tahun 2023 :

  • Perkakas bilik mandi
  • Mesin basuh
  • Perkakas bilik air
  • Kedai terlibat

CARA DAPATKAN BAUCAR RM400

Kepada rakyat Malaysia yang sedang merancang untuk membeli barang seperti mesin basuh dan lain-lain yang berkenaan dengan cekap tenaga. Anda boleh claim baucar percuma ini melalui program khas ini.

Program ini dibuka sepanjang tahun ini dan boleh ditebus pada bila-bila masa sebelum tarikh luput. Bagi cara dapatkan baucar shopee sehingga RM400 ini, sila layari laman rasmi Kempen Jimat Air 4.0 – DI SINI

Kepada mereka yang berkelayakan disarankan untuk claim baucar ini bagi mendapatkan manfaat dari inisiatif yang ditawarkan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci berkenaan program khas ini, sila hubungi talian khas SPAN di – 03 8317 8333.

INFO LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenal dan menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini untuk B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button