eGumisWang Tidak DituntutWTD

WTD : Wang Tidak Dituntut Boleh Disemak Sebelum Raya

WTD : Wang Tidak Dituntut boleh disemak oleh seluruh rakyat Malaysia sebelum menjelang musim perayaan hari raya tahun ini. Untuk makluman, terdapat sebuah portal kemudahan bagi membuat semakan sama ada mempunyai WTD ataupun tidak.

WTD : WANG TIDAK DITUNTUT

Ramai yang masih terlepas pandang atau tidak tahu berkenaan wang tidak dituntut yang sebenarnya mereka mempunyainya dan boleh tuntut. WTD boleh datang dari pelbagai sumber yang berbaki kredit dan perlu diberikan kepada empunya.

Wang tidak dituntut ini kebiasaannya berlaku jika ada dalam kalangan keluarga yang telah meninggal dunia dan masih mempunyai baki duit di beberapa akaun. Berdasarkan maklumat tahun lalu, sekitar RM11 bilion wang yang masih belum dituntut oleh milik orang awam diterima oleh JANM.

SUMBER WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

WTD ini adalah merupakan sejumlah wng milikan mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, tuntutan insurans, dividen, draf dan sebagainya yang berkaitan. Sumber wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu (1) tempoh masa yang dah ditetapkan.

Wang tidak dituntut ini juga merupakan duit yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal diberikan dalam tempoh masa lebih setahun. Antara contoh-contoh sumber WTD yang boleh dituntut adalah seperti :

  • Gaji, upahan, komisyen, bonus, dan wang lain yang perlu dibayar kepada kakitangan
  • Dividen dan keuntungan yang sah diisytiharkan untuk dibahagi
  • Draf bank, cashier’s order serta dokumen lain yang mempunyai fungsi sama dimana tempoh sah laku telahpun luput
  • Tuntutan insurans yang sudah diluluskan untuk bayaran
  • Amaun wang simpanan tetap yang tanpa arahan pembaharuan secara automatik (Telah matang)
  • Deposit atau cagaran yang wang kutipan telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

SEMAKAN WANG WTD MELALUI EGUMIS

Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menyediakan sebuah laman rasmi bagi orang awam membuat semakan dan tuntutan WTD jika ada. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari portal rasmi – eGUMIS (JANM)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button