RUMAHSPRNTEDUH

Permohonan Rumah Mampu Milik B40 TEDUH Dibuka

Anda sedang mencari rumah untuk dimiliki dengan harga mampu milik pada tahun ini? Tahukah anda terdapat Portal Rasmi dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara yang mana menyediakan kemudahan untuk rakyat khususnya golongan B40 untuk mencari dan membeli rumah untuk dimiliki secara beli atau sewa melalui Portal TEDUH pada tahun ini.

Pengenalan TEDUH

TEDUH adalah merupakan laman rasmi yang memaparkan butiran maklumat dan fungsi carian berkenaan dengan program dan projek berkaitan perumahan awam dan swasta di dalam Malaysia dan menjadi pintu “One Stop Centre” kepada golongan yang ingin memohon program perumahan di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi basic kelayakan permohonan adalah seperti berikut :

  • Pemohonan wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Permohonan berumur 18 / 21 tahun ke atas semasa permohonan
  • Pemohon mempunyai pendapatan bulanan
  • Lain-lain syarat telah ditetapkan mengikut skim Perumahan yang ada di Portal Rasmi TEDUH. Anda boleh rujuk – DI SINI

Skim Perumahan Yang Ada Dibawah TEDUH

SKIM PERUMAHAN PR1MA

  • Projek rumah PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi yang berkonsepkan gaya hidup moden yang mensasarkan penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Kadar harga rumah PR1MA bermula daripada RM 100,000 sehingga RM 400,000 seunit.

SKIM PERUMAHAN PPAM

  • Projek perumahan PPAM adalah merupakan sebuah program rumah mampu milik khusus kepada para penjawat awam. Skim ini telah diperkenalkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan para penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah bagi memiliki rumah sendiri terutama di kawasan bandar.

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP)

  • Skim pinjaman perumahan ini merupakan skim pinjaman yang diuruskan sepenuhnya melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

  • Program PPR ini merupakan sebuah inisiatif dari pihak Kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada golongan kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Kadar harga jualan bagi seunit rumah serendah RM 35,000 seunit di semenanjung dan RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

CARA MENDAFTAR PERMOHONAN 

Jika anda sedang mencari rumah untuk dimiliki khususnya rumah pertama, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan di Portal Rasmi SPRN – DI SINI

Anda hanya perlu daftar akaun dan log masuk. Di dalam halaman berikut sudah ada kemudahan yang disediakan dan mudah untuk difahami dan ikuti arahan yang telah disediakan sehingga proses urusan selesai.

Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau ingin bertanya berkenaan perumahan mampu milik pilhan anda, anda boleh terus menghubungi talian khas – 03 8891 4475 / 03 8891 4200 atau secara e-mel di alamat teduh@kpkt.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button