Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan sebuah kemudahan terbaru iaitu dikenali sebagai i-Lindung. Program ini telah diperkenalkan bagi membolehkan ahli KWSP membuat persediaan untuk masa akan datang kerana terdapat manfaat yang ada dalam i-Lindung.
Melalui i-Lindung membolehkan para ahli KWSP menggunakan akaun 2 masing masing bagi tujuan pembelian berbentuk insuran hayat dan penyakit kriktikal yang disediakan oleh penyedia insurans pilihan di negara Malaysia.
Syarat Kelayakan i-Lindung
- Merupakan warganegara Malaysia
- Individu berumur 55 tahun dan kebawah
- Merupakan pengguna i-akaun (Jika tiada, anda boleh mendaftar dahulu)
- Baki di dalam akaun 2 mencukupi
Cara Permohonan i-Lindung
Sekiranya menepati syarat, anda boleh membuat permohonan. Sila layari laman rasmi i-akaun KWSP, harga akan dipaparkan beserta maklumat produk insurans pilihan.
Dibawah adalah senarai syarikay insurans yang terlibat di dalam program i-Lindung seperti berikut :
- Prudential BSN Takuful Berhad
- Prudential Assurance Malaysia Berhad
- FWD Takaful Berhad
- Etiqa Family Takaful Berhad
- Etiqa Life Insurance Berhadd
Sekiranya anda mempunyai soalan atau permasalahan semasa proses permohonan, sila hubungi talian khas KWSP di – 03 8922 6000.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KWSP dan juga bantuan khusus berbentuk tunai bagi membatu individu atau golongan yang memerlukan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan semak senarai bantuan atau kemudahan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI