BANTUANBarang DapurBINGKAS

Permohonan Bantuan Barang Dapur RM300

Permohonan bantuan barang dapur bernilai RM300 diberikan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan sepanjang tahun 2023. Untuk sedia maklum, pada tahun ini pihak kerajaan negeri telah menyediakan sebuah program bantuan BINGKAS berbentuk ewallet untuk pembelian barang asas dapur.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Permohonan bantuan barang dapur kehidupan sejahtera Selangor kini dibuka untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam segi kewangan dan memerlukan. Untuk makluman, program eWallet BINGKAS ini adalah bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, program inisiatif ini diteruskan pada tahun 2023. Peruntukan disediakan sebanyak RM108 juta dan akan memberi manfaat kepada 30,000 isi rumah (keluarga) yang berkelayakan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari semasa membentangkan Bajet 2023.

KADAR BANTUAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dan akan dikreditkan jumlah yang sama setiap bulan. Bantuan khas ini boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dapur dan peralatan pendidikan di mana-mana pasaraya berdaftar.

OBJEKTIF BANTUAN DAPUR

Perlaksanaan bantuan barang dapur BINGKAS ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal erti penat lelah untuk mengurus hal ehwal ahli keluarga. Dalam segi mendidik dan membesarkan anak sewaktu mengharungi pasca pendemik dan ketidak stabilan ekonomi domestik.

CARA PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi kerajaan. Sila layari portal rasmi – BINGKAS

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan, ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kematian / penceraian / laporan polis untuk kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan penyata gaji untuk penjawat awam
  • Pengesahan penyata pendapatan untuk pemohon bekerja sendiri

Nota : Untuk semak syarat kelayakan pendaftaran, sila rujuk – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan barang dapur BINGKAS RM300 ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button