BANTUANKerajaanWarga Emas

Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan BWE RM 500

Tahukah anda, pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk golongan bumiputera yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang ada adalah Bantuan Warga Emas / orang tua atau lebih dikenali sebagai (BWE). Insentif ini diberikan kepada golongan warga emas di Malaysia.

Bantuan Warga Emas

Program bantuan ini adalah bertujuan bagi membantu golongan warga emas yang berpendapatan rendah dan memerlukan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup pada tahun ini dalam komuniti masyarakat sekelilingan supaya tidak ketinggalan.

Kadar Bantuan

Melalui Program BWE ini, kepada calon penerima yang berkelayakan akan dapat bantuan sebanyak RM 500 untuk setiap bulan. Kadar bantuan juga telah dinaikkan pada tahun ni berbanding tahun sebelum iaitu RM 350.

Syarat Kelayakan BWE

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Warga Emas seperti berikut:

  • Pemohon merupakan Warga emas dan Warganegara Malaysia
  • Individu yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Bukan golongan Warga emas yang menetap di bawah institusi bawah kendalian JKM atau pusat jagaan harian kediaman yang memberikan kemudahan secara percuma
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) atau tidak melebihi purata miskin perkapita semasa
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan atas kelulusan ketua pengarah Kebajikan Masyarakat (KPM).

Cara Mohon BWE

Sekiranya anda atau mempunyai kenalan atau saudara yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan dengan cara muat turun borang JKM 18 yang telah disediakan – Borang JKM 18

Sila isi maklumat anda pada borang tersebut dan hantar ke pejabat JKM berdekatan anda. Pastikan anda sediakan dokumen penting seperti berikut.

  1. Salinan Kad pengenalan individu pemohon
  2. Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan Sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  4. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  5. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk makluman, permohonan BWE ini dibuka sepanjang tahun 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci atau mempunyai pertanyaan berkenaan BWE ini, anda boleh hubungi talian khas di – 03 8000 8000.

Maklumat Tambahan

Jika anda terlepas pandang & ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button