BKMFasa 2

Penerima BKM Fasa 2 Akan Dapat Bayaran Sehingga RM 500

Untuk sedia maklum, perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia telah terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sebentar tadi berkenaan tarikh rasmi Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan disalurkan bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat. Tambahan dalam kenyataan beliau, pihak Kerajaan akan memberikan tambahan bayaran tunai untuk kategori Bujang sebanyak RM 50 dan Kategori Isi rumah RM 100. Ini adalah merupakan berita gembira bagi penerima BKM.

Tambahan Bayaran 

Walaupun jumlah penambahan bayaran BKM Fasa 2 hanya RM 50 dan RM 100, ia amat bermakna bagi kebanyakkan penerima. Jika kita tambah kesemua jumlah bayaran BKM pada fasa 2 ini, setiap penerima akan mendapatkan bayaran sebanyak sehingga RM 500. Ini amat membantu bagi meringankan pembelanjaan rakyat terutama bagi golongan B40 dan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana menambah insentif tersebut.

Tarikh Rasmi Bayaran BKM FASA 2

Dalam kenyataan tersebut, pihak Kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat. Seperti pembayaran Fasa 1, penerima yang memegang kad Bank BSN akan menerima terlebih dahulu kemudian diikuti bank-bank lain. Diharapkan supaya penerima bersabar dan memahami kerana pembayaran ini dalam klausa yang besar dan berperingkat.

Semakan Bayaran BKM Fasa 2

Untuk sedia maklum, semakan status pembayaran BKM Fasa 2 boleh anda lakukan dan anda disarankan menyemak status permohonan anda mulai 27 Jun 2022 bersamaan pada hari Isnin melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI

  • Sila log masuk akaun anda
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Tekan butang “Semak”
  • Pengesahan “Kata Kunci Keselamatan” yang telah didaftarkan
  • Masukkan “Kata Laluan”
  • Maklumat status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.

Kaedah Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa Kedua akan diberikan secara berperingkat mengikut jenis penerima iaitu seperti berikut :

  • Bagi penerima BKM yang mempunyai akaun Bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula 27 Jun 2022 sehingga 5 Julai 2022.
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, penebusan bayaran BKM Fasa 2 boleh dituntut melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bermula 27 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 selain Program BKM terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia B40 yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button