BANTUANBWEJKMWarga Emas

Bayaran Bantuan BWE Berjumlah RM500 Dikreditkan Pada Bulan Ini

Bayaran bantuan BWE berjumlah RM500 dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak pada bulan ini bagi bayaran Mac 2023. Untuk sedia maklum, bantuan warga emas (BWE) termasuk dalam inisiatif yang disediakan oleh pihak JKM dalam Skim Bantuan Kebajikan 2023.

BANTUAN KEWANGAN BWE

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis insentif berbentuk bantuan kewangan dalam Skim Kebajikan Masyarakat. Salah satu bantuan yang masih dilaksanakan pada tahun ini adalah bayaran bantuan BWE (bantuan warga emas).

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan BWE telah dinaikkan sebanyak RM500 berbanding RM350 tahun sebelum ini. Kepada mereka yang merupakan golongan warga emas atau mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang berstatus orang tua, sila semak maklumat ringkas berkenaan syarat permohonan bantuan BWE.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE

Kepada mereka yang berminat, sila semak syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BWE RM500 yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Pemohon merupakan orang tua / warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Memperolehi pendapatan bulanan isi rumah yang tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) atau PGK purata miskin per kapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon merupakan orang tua yang bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian pihak JKM atau mana-mana pusat jagaan harian (kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma)
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan,, permohonan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda perlu muat turun borang dan sertakan maklumat yang diperlukan. Sila layari portal rasmi BWE JKM – DI SINI

Borang permohonan bantuan boleh dimuat turun di laman rasmi tersebut. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan kad pengenalan pasangan suami isteri
  • Salinan sijil lahir anak
  • Salinan penyata gaji jika ada
  • Sertakan dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Nota : Kepada permohonan bantuan warga emas yang layak akan menerima insentif bernilai RM500 dan akan dikreditkan setiap bulan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun ini, pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah memperkenalkan lebih banyak bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk mohon –SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button