BANTUANiSejahtera

Panduan Bantuan iSejahtera RM 150 Setahun Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022

Pada tahun ini, terdapat satu inisiatif bantuan melalui iSejahtera 2022. Ini adalah salah satu cara dari pihak Kerajaan Negeri bagi membantu individu atau keluarga dalam kalangan Rakyat Malaysia untuk meringankan beban pada tahun ini.

Untuk makluman, sistem iSejahtera merupakan salah satu sistem yang telah dibangunkan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk tujuan melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat dan dapat diakses melalui pautan rasmi iSejahtera.

Manfaat Melalui iSejahtera

Sistem iSejahtera ini digunakan oleh orang awam, Pejabat Masyarakat Penyanyang, Parlimen dan Pusat Khidmat (ADUN), Bahagian Perancang Ekonomi Negari, Jabatan Kebajikan Masyarat, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah bagi urusan yang melibatkan Pendaftaran, Permohonan, Pengemaskinian, Pengesahan Permohonan, dan segala Pengurusan Pembayaran dilakukan di dalm sistem ini.

Selain dari itu, Sistem iSejahtera ini akan diperluas lagi untuk tujuan sebarang program kebajikan negeri pada masa hadapan.

Jenis Bantuan

Di bawah telah disediakan senarai Program Bantuan Kebajikan yang ada seperti berikut :

  • Program Bantuan Anak Emas
  • Program Bantuan OKU
  • Program Bantuan Ibu Tunggal
  • Program Bantuan Pelajar Emas
  • Program Bantuan Ibu Emas
  • Program Bantuan Secara One-off
Panduan Cara Mendaftar iSejahtera Tahun 2022

Kepada anda yang berminat dan ingin membuat sebarang permohonan, boleh mendaftar melalui secara Online / Atas talian. Bagi Permohonan secara Online, Sila Daftar di Portal Rasmi iSejahtera – DI SINI

Tidak perlu khuatir kepada individu yang ingin membuat permohonan secara manual pun boleh melalui dengan cara mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma yang boleh diperolehi di mana-mana Pejabat Daerah, Pusat Parlimen / Pusat Khidmat ADUN, Pejabat Masyarakat Penyayang. Selepas lengkap mengisi borang, sila kembalikan borang tersebut besertakan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis Progam bantuan yang dimohon.

Kadar Bantuan
Bayaran Secara Sekali (One-off)
  • Khairat Kematian – RM 1,000
  • Program Anak Emas – RM 200
Bayaran Sekali Setahun
  • Program Ibu Emas – RM 200
  • Program Bantuan OKU – RM 150
  • Program Bantuan Warga Emas – RM 150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal – RM 100
Semakan Status

Anda boleh membuat semakan status sama ada melalui terus di sistem iSejahtera atau dengan cara menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian khas 04 650 5699/5700 atau Pejabat Daerah dan Tanah mengikut kawasan masing masing.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran Bantuan akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak mengikut jenis bantuan yang dimohon.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperincini tentang bantuan ini, sila layari portal rasmi iSejahtera – DI SINI

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Pusat mahunpun Negeri bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button