BANTUANFASA 3STR

STR Fasa 3 : Jadual Rasmi Bayaran Sehingga RM800 Telah Diumumkan

STR Fasa 3 adalah merupakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya yang akan diberikan kepada penerima sedia ada. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian fasa seterusnya dijadualkan pada bulan hadapan iaitu Julai 2023.

BAYARAN STR FASA 3 SECARA BERPERINGKAT

Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diberikan pada bulan Januari dan April lalu. Kini dalam proses kemaskini bagi pembayaran STR fasa 3 yang dijadual pada bulan Julai nanti.

Program pemberian sumbangan tunai rahmah ini adalah salah satu (1) inisiatif berbentuk bantuan kewangan di bawah konsep payung rahmah. Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

Pembayaran STR tahun 2023 akan melibatkan 4 kali bayaran secara berfasa yang melibatkan jumlah bayaran sehingga RM2,500. Bagi kadar bayaran STR fasa 3 nanti adalah sehingga RM800, jumlah amaun ditentukan mengikut kategori kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN & JADUAL BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima STR tahun ini seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Status berkahwin atau
  • Ibu bapa tunggal / janda / balu / duda yang mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat
  • Pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM5,000

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • Berstatus bujang (belum berkahwin)
  • Ibu bapa tunggal / janda / duda / balu yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur 21 – 59 tahun
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,500 dan ke bawah

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • Berstatus warga emas (berumur 60 tahun ke atas)
  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu/ janda/ duda yang tidak mempunyai anak dan menepati syarat
  • Pendapatan bulanan RM5,000 kebawah

Nota : Jadual bayaran STR fasa 3 akan dikreditkan pada bulan depan iaitu Julai 2023 secara berperingkat.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran fasa berikutnya ini akan dijalankan secara berperingkat melalui kaedah kredit terus dan tebus tunai di BSN. Untuk semakan status bayaran STR mengikut kategori, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button