BANTUANMySARASumbangan Asas Rahmah

MySARA : Bayaran RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Bulan Ini

MySARA : Bayaran RM100 mula dikreditkan dalam mykad penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan pada bulan ini. Untuk makluman, ini merupakan insentif tambahan yang telah diperkenalkan pada tahun 2023.

MYSARA : BAYARAN RM100 SETIAP BULAN

Seperti sedia maklum, program pemberian bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Inisiatif istimewa ini diberikan kepada penerima bantuan tunai STR yang terjejas.

Program bantuan ini adalah merupakan insentif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas berjumlah RM600. Insentif ini diberikan secara automatik dengan cara pengkreditan RM100 ke dalam Mykad setiap bulan bermula Julai sehingga Disember ini.

Dengan adanya bantuan khas ini, mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dapat menerima dan menggunakan manfaat yang disediakan. Mereka boleh membelanjakan amaun RM100 tersebut di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar dengan tujuan membeli barangan keperluan asas.

KADAR BAYARAN MYSARA DINAIKKAN

Berita gembira untuk mereka yang terlibat, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun 2024. Jumlah baharu bantuan adalah RM1,200 dan akan dikreditkan bermula Januari sehingga Disember tahun hadapan pada kadar RM100 sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN MYSARA RM100 SETIAP BULAN

Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi program bantuan khas SARA ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Golongon terjejas (Miskin tegar)
  • Tersenarai dalam data maklumat ekasih

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA

Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini tidak perlu mohon kerana ia diberikan secara automatik. Kepada yang terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini.

Untuk semakan secara online, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI dan jika berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan memaklumkan anda layak.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button