BANTUANFASA 3MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR Fasa 3 : Kategori Penerima Bayaran Bantuan Tunai

MySTR Fasa 3 : Kategori penerima bayaran bantuan tunai fasa berikutnya adalah belia bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk sedia maklum, pemberian bantuan tunai STR fasa berikutnya akan disalurkan pada bulan Ogos 2024.

BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3

Program istimewa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR ini merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2024. Sekitar 9 juta penduduk Malaysia layak menerima bantuan tunai STR bagi sesi tahun ini yang melibatkan 3 kategori utama.

Untuk maklumat yang telah dikemaskini, pembayaran bagi bantuan STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Kini berbaki bayaran fasa ketiga dan fasa keempat yang dijadualkan diagihkan pada bulan Ogos dan November 2024.

Kategori penerima bayaran bantuan tunai fasa berikutnya iaitu fasa 3 akan melibatkan bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak bagi setiap isi rumah / keluarga.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR SEMUA FASA

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran bagi STR fasa 3 masih belum diumumkan oleh kerajaan. Namun dibawah dikongsikan kadar jumlah keseluruhan bayaran bantuan tunai STR bagi tahun 2024 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (5 keatas)

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Tidak mempunyai anak (0)
  • RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (5 keatas)

KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600

BELIA BUJANG (BERUMUR 21 TAHUN KEATAS)

  • RM350

Nota : Diatas adalah jumlah bayaran keseluruhan yang akan disalurkan mengikut pecahan 4 fasa pembayaran. Kadar bagi bayaran fasa ketiga akan dikemaskini selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MYSTR FASA 3

Kepada penerima sedia ada, semakan status dan pengemaskinian maklumat terkini dan pendaftaran baharu masih boleh dilakukan. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button