BANTUANBWE

BWE : Kelayakan Bantuan RM500 Sebulan Bagi Tahun 2024

BWE : Kelayakan Bantuan khas berjumlah RM500 sebulan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan. Inisiatif khas ini adalah merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN BWE 2024

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif istimewa yang dikenali sebagai bantuan warga emas (BWE). Program bantuan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Atas keprihatian kerajaan, insentif bantuan bulanan ini terus dilaksanakan bagi sesi tahun 2024. Dengan adanya pemberian bantuan seperti ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup golongan terjejas.

KADAR BAYARAN BWE

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan kadar bantuan khas ini yang dikreditkan setiap bulan. Pemohon yang lulus, mereka akan menerima bayaran bantuan bernilai RM500 sebulan dan amaun tersebut boleh dibenjakan dengan membeli barangan keperluan harian.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE TAHUN 2024

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan manfaat BWE RM500 ini seperti berikut :

  • Permohonan dibuka hanya kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Individu berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskini isi rumah semasa
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi jagaan kendalian JKM
  • Tidak tinggal di kediaman atau pusat jagaan harian yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.

PANDUAN MOHON BANTUAN BWE 2024

Kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini selagi ianya masih dibuka. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – BWE 2024

Segala perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) di antara pihak kerajaan persekutan dengan kerajaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button