Akaun 3KWSP

KWSP Akaun 3 Bakal Diperkenalkan : Pengeluaran Lebih Fleksibel

KWSP akaun 3 bakal perkenalkan yang membolehkan ahli membuat pengeluaran simpanan pada bila-bila masa secara fleksibel. Untuk makluman, baru-baru ini KWSP bercadang untuk memperkenalkan kemudahan simpanan dan pengeluaran baru melalui akaun 3.

MAKLUMAT BERKENAAN KWSP AKAUN 3 

Untuk makluman, Ketua Pegawai Strategi KWSP iaitu Nurhisham Hussien telah berkata bahawa KWSP akaun 3 dalam proses perancangan. Kemudahan ini akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli / pencarum boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa.

Tambahan beliau, dengan adanya kemudahan baru ini dapat memberi manfaat kepada ahli bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan. Inisiatif ini bertujuan menarik minat mereka yang berada dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman KWSP.

PENGELUARAN LEBIH FLEKSIBEL

Dengan adanya KWSP akaun 3 ini pengeluaran lebih fleksibel dan peratusan caruman pada akaun 1 juga akan dinaikkan. Mengenai kadar simpanan yang diperuntukan, Nurhisham berkata berkemungkinan akan membabitkan di antara 5 % hingga 10 % dalam cadangan.

Apa yang menarik adalah ahli juga boleh membuat pilihan untuk memindahkan dana simpanan akaun 3 ke dalam akaun 2 atau 1. Perlaksanaan kemudahan ini akan menarik lebih minat pencarum dan lebih fleksibel, pengeluaran kecemasan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

KADAR DIVIDEN

Menurut Nurhisham, kadar diviven bagi akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan ia berfungsi seperti akaun simpanan fleksibel. Skim simpanan pada waktu ini bagi ahli berumur 55 tahun bagi akaun 1 dan 2 dengan kadar peratusan 70 dan 30 peratus.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Buat masa ini kepada mereka yang tidak tahu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan bagi akaun 2. Kemudahan yang ada seperti pengeluaran untuk membeli/ membina rumah, rawatan kesihatan, menunaikan haji dan lebih banyak lagi.

Kepada yang terlepas pandang, anda boleh membuat semakan senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan dan cara mohon. Sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button