Berita penting untuk semua, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa ke 3 akan dikreditkan ke akaun penerima tidak lama lagi. Pembayaran kali ini akan membabitkan semua kategori iaitu isi rumah, bujang dan warga emas.
Pada halaman kali ini, pihak kami akan kongsikan maklumat berkenaan semakan jadual pembayaran serta kadar bantuan yang akan diberikan pada Fasa 3 BKM bulan depan.
JADUAL PEMBAYARAN BKM MENGIKUT FASA
FASA 1
Pembayaran bermula pada tarikh 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat ke akaun masing-masing (Selesai)
FASA 2
Pembayaran bermula pada tarikh 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat ke akaun masing-masing (Selesai)
FASA 3
Pembayaran bermula pada bulan September 2022, dijangkakan akan mula disalurkan pada penghujung bulan hadapan.
FASA 4
Pembayaran dijadualkan pada bulan Disember 2022 (Akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
KADAR PEMBAYARAN BKM FASA KE-3
Untuk makluman, pembayaran kali ini akan diberikan sehingga RM 900 bergantung kelayakan kategori penerima. Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan kemungkinan akan ada penambahan bayaran tunai sama seperti fasa 2 yang lalu, sama-sama kini nantikan pengumuman nanti.
SEMAKAN & KEMASKINI MAKLUMAT BKM
Sekiranya anda ingin semak maklumat status BKM anda, panduan telah disediakan dibawah.
- Sila layari Portal Rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/
- Log masuk akaun
- Tekan “Semakan Status”
- Paparan kelayakan status akan ditunjukan pada skrin anda
- Tekan maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BKM, anda boleh semak sepenuhnya di laman rasmi BKM – DI SINI