FSA2KWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran Khas

KWSP : Pengeluaran Khas Bersyarat Fasa 1 Kini Telah Dibenarkan

KWSP : Pengeluaran Khas Bersyarat (Fasa 1) kini telah dibenarkan kepada ahli/ pencarum yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

KWSP : PENGELUARAN KHAS BERSYARAT

Kepada yang terlepas pandang, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan sebuah kemudahan pengeluaran bersyarat yang dikenali sebagai FSA2. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini adalah merupakan pengeluaran pembiayaan melalui institusi perbankan.

Bermula April 2023, skim pengeluaran khas bersyarat ini telah dilancarkan dan permohonan telah dibuka kepada ahli KWSP. Untuk pengetahuan umum, skim istimewa ini akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 2 fasa.

Buat masa ini, pengeluaran bersyarat FSA2 fasa 1 dibenarkan dan mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan secara online. Tujuan utama FSA2 ini diperkenalkan adalah membolehkan pencarum mengemukakan permohonan awal bersyarat.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP BERSYARAT

Bagi fasa pertama, pihak KWSP telah menetapkan kadar jumlah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli yang layak iaitu serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara sekaligus.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP (pencarum)
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2 : RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum sebanyak RM50,000

Nota : Bagi pengeluaran FSA2 fasa 1, institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

PANDUAN MUDAH CARA DAFTAR PERMOHONAN

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan pembiayaan pengeluaran melalui FSA2 KWSP ini, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Setiap pencarum disarankan tidak membuat pengeluaran untuk tujuan tidak perlu kerana wang simpanan amat penting semasa hari persaraan. Jika memerlukan dan berkeperluan, sila memohon pembiayaan pengeluaran ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button