BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bayaran Fasa 4 Dibayar Secara Berperingkat Lebih Awal

MySTR : Bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah akan dibayar secara berperingkat lebih awal yang dijadualkan pada bulan November 2023. Untuk sedia maklum, pemberian STR tahun ini kini hanya berbaki satu sahaja lagi pembayaran.

MYSTR : BAYARAN FASA 4

Seperti sedia maklum, bayaran STR fasa 4 ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan buat kali terakhir kepada penerima. Dengan adanya bayaran bantuan tunai STR fasa akhir ini akan meringankan beban rakyat pada suku keempat tahun 2023.

Bermula bulan Julai juga kerajaan telah mula mengagihkan bantuan tambahan SARa (Sumbangan Asas Rahmah) kepada penerima STR berstatus miskin tegar berjumlah RM600. Bagi bayaran fasa akhir nanti, hanya kategori isi rumah dan warga emas yang akan terlibat menerima insentif.

JADUAL RASMI BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023 :

  • Fasa 1 : Bermula 17 Januari 2023
  • Fasa 2 : Bermula 5 April 2023
  • Fasa 3 : Bermula 26 Jun 2023
  • Fasa 4 : Bermula bulan November 2023

Apa yang menarik, kepada penerima yang tidak lulus semasa pembayaran STR fasa 3 dan telah membuat rayuan permohonan pada bulan Mac lalu. Mereka yang layak akan menerima baki bayaran pada fasa keempat nanti.

JUMLAH BAYARAN FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Dibawah dikongsikan maklumat berkenaan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori pada fasa 4 nanti :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500) B40

  • Tiada anak : RM200
  • Tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Tanggungan anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000) M40

  • Tiada anak : RM0 (Tiada bayaran)
  • Tanggungan anak (1-2) : RM0 (Tiada bayaran)
  • Tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Tanggungan anak (5 dan lebih) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas (Sebatang Kara) : RM200
  • Bujang (21 – 59 tahun) : RM0 (Tiada bayaran)

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Berkenaan tarikh rasmi bayaran fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman kerajaan untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button