BKM Tambahan

Bantuan Keluarga Malaysia Tambahan RM 500 Telah Mula Disalurkan

Untuk sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah inisiatif program bantuan berbentuk kewangan yang melibatkan dana bantuan terbesar kerajaan pada tahun ini yang diberikan kepada golongan B40, M40 dan Miskin.

Tujuan bantuan ini diberikan kepada golongan yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kos sar hidup pada tahun ini. Dalam BKM terdapat 3 kategori penerima iaitu Isi Rumah, Bujang dan Warga emas. Dalam BKM, pembayaran akan diberikan melalui 4 Fasa secara berperingkat dalam tahun 2022.

Manakala kadar bantuan juga diberikan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima BKM. Pihak kerajaan juga telah menyediakan pembayaran BKM Tambahan sebanyak RM 500 kepada yang berkelayakan menerima.

BAYARAN TAMBAHAN BKM 2022

Bagi makluman, bayaran BKM tambahan diberikan kepada kategori isi rumah sahaja. Bayaran kategori seperti berikut:

  • Bayaran tambahan sebanyak RM 300 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus Warga emas dan mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat.
  • Bayaran tanbahan sebanyak RM 500 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat.

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Sekiranya anda ingin mengetahui sama ada anda layak atau tidak, atau ingin semak jika ahli keluarga yang berkelayakan, semakan boleh dibuat secara online melalui Portal rasmi BKM. Panduan telah disediakan dibawah.

  1. Layari laman rasmi BKM – DI SINI
  2. Sila masukan nombor kad pengenalan pemohon dan tekan semak
  3. Sahkah kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  4. Setelah masuk, klik semakan status untuk semak status permohonan
  5. Status serta jumlah bayaran akan dipaparkan di skrin anda
  6. Sekiranya tiada maklumat berkenaan BKM tambahan, bermakna anda tidak layak menerima bayaran tambahan tersebut.

JADUAL PEMBAYARAN BKM MENGIKUT FASA TAHUN 2022

FASA 1 : Bermula 28 Mac 2022

FASA 2 : Bermula 27 Jun 2022

FASA 3 : Bermula September 2022

FASA 4 : Bermula Disember 2022.

Untuk semakan maklumat penuh berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , anda boleh layari Portal Rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/ . Sebarang pertanyaan atau persolanan, anda boleh menghubungi di talian khas LHDNM di 1 800 88 2747.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button