BANTUANi-SuriKWSP

i-Suri 2022 : Bantuan Kewangan Suri Rumah Sebanyak RM 480

Pada tahun ini Pihak kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan pelbagai insentif bantuan berbentuk kewangan termasuk untuk golongan suri rumah bagi membantu meringankan beban serta memastikan kesejahteraan untuk golongan para suri rumah. Kepada wanita atau suri rumah boleh memilih untuk mencarum di platform KWSP dengan faedah insentif khas sebanyak RM 480 setahun melalui i-Suri.

Sistem i-Suri bertujuan bagi mengiktiraf sumbangan para suri rumah kepada keluarga mereka serta pembangunan negara Malaysia. Terdapat banyak faedah yang boleh di dapati dalam i-suri KWSP.

Kepada pencarum suri rumah akan menerima insentif kewangan sebanyak RM 480 yang telah bermula pada tahun 2019 dan masih di teruskan hingga ke tahun 2022. Selain dari itu, bantuan kematian juga telah disediakan di dalam insentif bantuan i suri sebanyak RM 2,500 kepada penerima. Anda boleh membuat pendaftaran i-suri melalui portal rasmi KWSP dengan memuat turun (download) borang permohonan yang telah disediakan.

Panduan Cara Mendaftar i-Suri 

Anda boleh membuat pendaftaran dengan cara pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun serta dokumen :

  • Sediakan MyKad anda
  • Sediakan borang i-Suri (Pendaftaran kali pertama) – KWSP 16 G M
  • Sediakan borang i-Suri (Semasa pembayaran) – KWSP 6A 2
  • Sila isi maklumat lengkap anda sebelum ke cawangan KWSP
Kadar Faedah yang Ada dalam i-Suri
  • Akan menerima dividen tahunan dari pihak KWSP
  • Akan mendapat insentif dari kerajaan sebanyak minima bayaran RM 40 sebulan tertakluk pada jumlah maksimum iaitu RM 480 setahun
  • Akan menerima bantuan kematian sebanyak RM 2,500

Insentif kewangan dari pihak kerajaan ini akan dibayar jika anda memenuhi syarat yang sudah ditetapkan seperti di bawah :

  • Pencarum belum mencapai had umur 60 tahun
  • Pencarum / isteri kepada ketua isi rumah yang sudah berdaftar di dalam platform E-Kasih
  • Ketua Isi Rumah yang berstatus balu, bercerai atau belum pernah berkahwin yang telah berdaftar dalam E-Kasih
  • Membuat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli dengan nilai jumlah sebanyak RM 5 sebulan atau RM 60 dalam setahun

Maklumat Lanjut 

Jika anda ingin mengetahui maklumat terperinci berkenaan i-Suri KWSP, anda boleh layari Portal Rasmi KWSP untuk maklumat lanjut.

Untuk makluman anda, pada tahun 2022 terdapat banyak bantuan yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan rakyat pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang atau ingin menyemak senarai bantuan yang anda berkelayakan untuk memohon, boleh terus ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button