BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR 2024 : Kadar Pemberian Bantuan Tunai Dinaikkan

MySTR 2024 : Kadar Pemberian bantuan tunai STR dinaikkan mengikut kategori bagi tahun hadapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

MYSTR 2024 : KADAR PEMBERIAN

Hari ini sedang berlangsung sidang Belanjawan 2024 di parlimen yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun depan.

Program pemberian bantuan tunai STR akan diteruskan pada tahun 2024 dengan melibatkan jumlah bayaran dan jadual yang baru. Apa yang lebih menarik adalah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi MySTR tahun depan dinaikkan daripada 8 bilion kepada 10 bilion.

Secara langsung akan menaikkan kadar pemberian mengikut kategori penerima pada tahun hadapan. Dengan adanya inisiatif ini diteruskan, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta rakyat atau bersamaan 60 peratus daripada golongan dewasa.

Belanjawan 2024 dilihat lebih memfokuskan dan memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, hospitaliti, runcit dan berkaitan. Kerajaan perpaduan akan terus mencerminkan semangat rangka kerja ekonomi Madani dengan fokus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

KADAR PEMBERIAN MYSTR 2024 DINAIKKAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa kadar minimum pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi kumpulan isi rumah dan belia bujang akan dinaikkan.

Kadar jumlah bantuan MySTR tahun depan yang dinaikkan nengikut kategori adalah seperti berikut.

KATEGORI BUJANG/ BELIA

  • Tahun 2023 berjumlah RM350, dinaikkan kepada RM500 bagi tahun 2024.

KATEGORI ISI RUMAH (BERKELUARGA)

  • Tahun 2023 bayaran isi rumah diberikan maksimum RM300 bagi fasa pertama. Untuk MySTR 2024, kadar bayaran fasa 1 akan dinaikkan kepada RM500 dimana berkemungkinan akan mula dibayar sebelum bulan puasa.

JADUAL PEMBERIAN MYSTR 2024

Untuk makluman umum, buat masa ini pemberian bagi fasa pertama MySTR 2024 dijangka akan disalurkan bermula Feberuari tahun depan. Manakala bagi permohonan baru STR akan dibuka pada bulan November 2023.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan tunai STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

SEMAKAN BAYARAN MYSTR FASA AKHIR

Jangan lupa, terdapat satu lagi bayaran yang akan dikreditkan pada tahun ini iaitu STR fasa 4 tahun 2023. Pengagihkan secara tebus tunai dan pengkreditan akan dilakukan bermula bulan depan, untuk semakan status bayaran, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button