BANTUANi-Fitri

i-Fitri 2022 : Semakan Bantuan (RM 250 – RM 400)

Pada penghujung tahun lalu, Menteri Besar Terengganu iaitu Datruk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan akan melaksanakan Bantuan i-Fitri pada tahun 2022 (tahun ini)

Bantuan ini di bentangkan melalui Belanjawan Negeri Terengganu pada 15 November 2021 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan ”Masyarakat Sejahtera Untuk Semua”

Pada persidangan tersebut juga, beliau turut mengumumkan beberapa tambahan Bantuan lain pada tashun 2022 bagi meringankan beban rakyat dan dapat memanfaatkan rakyat Terengganu. Contoh tambahan bantuan seperti Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan Isteri ketua isi rumah serta Bantuan OKU dan belia.

Jumlah Bayaran Bantuan i-Fitri 2022

Bantuan bayaran i-fitri berjumlah RM 250 akan diberikan kepada kira-kira 83,500 pendapatan isi rumah dari RM 2500 hingga RM 5000. Manakala bagi pendapatan isi rumah di bawah RM 2000 atau miskin akan diberikan sebanyak RM 400, dianggarkan kira-kira 31,500 yang akan mendapatkan.

Tarikh Bayaran Bantuan i-Fitri 2022

Menurut dari pengumuman yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Bantuan i-Fitri akan di berikan menjelang hari raya aidil fitri 2022 iaitu pada 3 Mei 2022. Di jangkan akan diawalkan bayaran pada penghujung April 2022 bagi membantu masyarakat membuat persediaan menyambut hari raya aidil fitri dengan gembira untuk golongan b40 dan sebahagian golongan M40.

Bantuan Lain
  • Bantuan RM 150 untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara  One-off
  • Bantuan RM 150 untuk golongan Ibu Tunggal dan Isteri Ketua Isi Rumah secara One-off
  • Bantuan RM 150 untuk golongan Belia Bujang  secara 0ne-off

Pada akhir pengumuman, Menteri Besar berharap dengan bantuan-bantuan ini dapat membantu meringankan beban dan dpat dimanfaatkan dengan baik oleh penerima bagi memenuhi keperluan semasa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button