i-Akaun KWSP Pengeluaran Khas Kini Dibenarkan Untuk Semua
I-Akaun KWSP Pengeluaran Khas, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran KWSP selagi ahli / pencarum menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dikhabarkan tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Akan tetapi berkemungkinan besar pada tahun hadapan pengeluaran KWSP secara bersasar akan dilaksanakan.
Kepada ahli, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat jenis pengeluaran KWSP i-Akaun yang boleh anda lakukan melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang telah disediakan.
I-AKAUN KWSP PENGELUARAN KHAS
Kepada yang tidak tahu, kini anda boleh membuat pengeluaran wang KWSP melalui simpanan akaun 2 untuk urusan seperti berikut:
- Pengeluaran duit untuk membeli atau membina rumah sendiri
- Pengeluaran duit untuk kos rawatan perubatan
- Pengeluaran duit untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah sendiri
- Pengeluaran duit untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN
- Pengeluaran Untuk pendidikan
- Pengeluaran ibadah haji
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN
Syarat yang telah ditetapkan bagi individu yang ingin membuat permohonan pengeluaran kwsp i-akaun adalah seperti berikut:
- Wajib merupakan warganegara Malaysia
- Penduduk tetap
- Ahli KWSP
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran wang tidak melebihi had amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran duit secara kredit terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli / rakan strategik KWSP.
PANDUAN CARA PENGELUARAN KWSP I-AKAUN (ONLINE)
Bagi ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran melalui akaun 2 atas tujuan peribadi seperti diatas, anda boleh mohon secara atas talian melalui e-pengeluaran. Sila daftar i-akaun KWSP dan ikuti panduan untuk membuat e-pengeluaran seperti berikut:
- Langkah pertama, sila log masuk i-akaun KWSP – DI SINI
- Kemudian, tekan menu pengeluaran
- Seterusnya tekan permohonan baru
- Akan dipaparkan bahagian jenis pengeluaran, anda perlu pilih tujuan pengeluaran anda
- Pada bahagian nama institusi, anda perlu pilih nama bank tempat anda dan yang berkaitan
- Seterusnya anda perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai
- Terakhir, dalam tempoh masa tujuh hari akan terima pesanan sms yang menyatakan perlu hadir ke cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.
- Keputusan pengeluaran akan mengambil masa dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Selesai dan hanya perlu tunggu pengesahan pengeluaran. Sebenarnya tidak rugi untuk membuat pengeluaran ini kerana contohnya anda membuat pengeluaran untuk membeli rumah. Rumah tersebut boleh jadi aset pada masa akan datang untuk diri anda.
Untuk semakan lebih mengenai kemudahan yang ada pada tahun ini, sila semak senarai kemudahan yang telah disediakan di halaman utama – SEMAK DISINI