BANTUANBKMFasa 4

Perkembangan BKM Fasa 4 : Kategori Yang Telah Berjaya Dikreditkan

Perkembangan BKM Fasa 4, sedia maklum bermula 15 November 2022 pihak kerajaan mula menyalurkan bayaran secara kredit ke akaun masing-masing.

Pembayaran kali ini telah diawalkan pada bulan November berbanding yang sepatutnya berlaku pada Disember. Ini kerana bagi membantu rakyat dari persediaan Musim Timur Laut (Hujan berpanjangan) yang akan berlaku pada hujung tahun ini.

PERKEMBANGAN PEMBAYARAN BKM FASA 4

Untuk makluman semua pada hari ini 17 November 2022, bagi perkembangan BKM fasa 4. Hampir 90 peratus penerima BKM telah terima berjaya dikreditkan ke akaun masing-masing. Majoriti kategori Isi rumah dan Ibu bapa tunggal telah berjaya mendapatkan bayaran.

Bagi yang mempunyai masalah kad bank tidak dapat diakses, anda boleh pergi ke cawangan bank anda daftarkan untuk membuat penggantian kada baru.

Kepada penerima yang masih belum terima bayaran BKM, anda boleh semak status bayaran terbaru BKM fasa 4 secara online. Untuk semakan sila ke pautan rasmi MyBKM – DI SINI

Bagi yang terlupa kata laluan BKM anda tidak perlu risau, anda boleh kemaskini kata laluan baru – DI SINI

JADUAL RASMI BAYARAN BKM FASA 4

Bermula 15 November 2022, pembayaran bantuan keluarga malaysia telah disalurkan secara pengkreditan ke akaun bank dan tebus di kaunter BSN seluruh Malaysia.

Dijangka pembayaran akan selesai pada hujung bulan November 2022 untuk semua penerima yang terlibat. Diharapkan kepada yang masih menunggu pembayaran, bersabar kerana bayaran dijalankan secara berperingkat sehingga selesai.

BKM AKAN DITERUSKAN ?

Bagi pengetahuan umum, program inisiatif bantuan BKM ini akan diteruskan pada tahun 2023. Berkemungkinan kadar jumlah dan kategori akan ditambahbaik. Segala maklumat terkini berkenaan BKM akan pihak kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Untuk semakan bantuan selain BKM yang boleh anda dapatkan pada tahun ini, sila ke laman utama – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button