KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Jenis Pengeluaran Wang KWSP : Yang Dibenarkan Pada Bulan Ini

Terdapat beberapa Jenis Pengeluaran Wang KWSP yang dibenarkan pada bulan ini kepada ahli yang menepati kelayakan. Untuk sedia maklum, pelbagai kemudahan telah disediakan kepada para pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang mereka.

JENIS PENGELUARAN WANG KWSP

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai akaun 1 dan akaun 2. Terdapat beberapa jenis e-pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua.

Kemudahan e-pengeluaran terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengeluaran secara sepenuhnya dan sebahagian. Dengan adanya kemudahan e-pengeluaran ini dapat membantu ahli untuk mengeluarkan wang mereka untuk perkara-perkara peribadi tertentu.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Bagi makluman, pengeluaran sebahagian KWSP dibenarkan melalui akaun 2 ini kepada ahli yang layak. Pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan adalah untuk tujuan seperti berikut :

  • Umur 50
  • Pendidikan
  • Bina rumah
  • Beli rumah
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Perumahan fleksibel
  • Simpanan melebihi 1 juta
  • Menunaikan ibadah haji
  • Kesihatan

PENGELUARAN PENUH KWSP

Manakala bagi jenis pengeluaran secara penuh KWSP yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah :

  • Umur 55
  • Umur 60
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara
  • Kematian
  • Pekerja berpencen atau pesara pilihan

KELAYAKAN ASAS E-PENGELUARAN WANG KWSP

Beberapa syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi membuat e-pengeluaran seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikuti syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank simpanan/ semasa pencarum atau ke akaun bank rakan strategik KWSP

PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan pengeluaran atas tujuan seperti di atas, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

Jika kalian mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan kemudahan yang disediakan, sila hubungi talian khas KWSP di – 03 8922 6000.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button