E-GUMIS 2022 : Cara Semak Dan Dapatkan Wang Tidak Dituntut
Mengikut maklumat data, ramai yang tidak tahu berkenaan tentang Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Untuk makluman berkenaan perkara ini, yang mana mempunyai (WTD) boleh dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Butiran Maklumat Wang Tidak Dituntut
Untuk sedia maklum, WTD adalah merupakan Wang yang perlu dibayar dari sisi undang-undang kepada para pemilik yang sepatutnya menerima dalam tempoh masa tertentu yang sudah ditetapkan di bawah akta WTD 1965.
Sumber Wang Tidak Dituntut
Wang berkenaan boleh dari dari pelbagai sumber seperti berikut :
- Draf bank, cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di dalam tempoh sah laku telah luput
- Upahan, gaji, komisyen, bonus atau wang berkaitan yang perlu dibayar oleh majikan kepada ahli pekerja atau kakitangan
- Dividen anda
- Wang simpanan tetap yang sudah matang – Tanpa arahan pembaharuan secara (Automatik)
- Segala keuntungan daripada perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagi
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Penghutang yang berbagai yang berbaki kredit
Informasi tambahan : Tidak semua wang berkenaan sampai kepada pemilik dan disebabkan itu lah ia kemudiannya diserahkan kepada Pihak Jabatan Akauntan Negara yang bertindak sebagai pemegang amanah yang pemilih boleh membuat tuntutan WTD.
Panduan cara membuat semakan dan tuntutan (WTD)
Berikut telah disediakan panduan cara untuk anda membuat semakan WTD seperti di bawah :
- Sila layari Pautan Rasmi e-Gumis – DI SINI
- Kemudian log masuk dan tekan pada “Carian Wang Tidak Dituntut”
- Sila masukan No Kad Pengenalan
- Klik butang rekod WTD dan teruskan dengan permohonan
- Lengkapakan ruangkan disediakan, isi maklumat yang diperlukan sehingga keluar ”Terma dan syarat” eGumis
- Klik ”Hantar”
- Proses bayaran hanya akan diberikan apabila dokumen lengkap anda disahkan oleh pihak berwajib
Anda juga boleh membuat sebarang semakan status permohonan melalui laman rasmi eGumis dengan cara tekan butang ”Senarai Permohonan” kemudian sila rujuk pada ruangan ”Status”
Maklumat Lanjut
Selain semakan WTD ini, pada tahun 2022 terdapat pelbagai insentif khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh Pihak kerajaan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI