Buka AkaunKWSP

Program Kemudahan Daftar Akaun KWSP Anak Terima Insentif RM 250

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif dan program telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan KWSP. Mengikut statistik data, ramai yang terlepas pandang berkenaan yang mana sebenarnya kepada anak / individu yang berusia 14 tahun dan keatas sudah boleh mula mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan atau lebih dikenali sebagai KWSP.

Kepada golongan yang diluluskan dan dibenarkan bagi membuat pendaftaran akaun KWSP ini adalah merupakan di dalam akaun simpanan syariah, ia bagi tujuan untuk kemudahan simpanan pada masa tempoh akan datang.

Butiran

Bagi membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak ini tidak perlu menunggu pemohon mula bekerja baru boleh membuat penyimpanan duit. Kepada penjaga da ibu bapa yang membuat persediaan untuk jangka masa panjang anak dan memudahkan urusan anak pada masa akan datang nanti, kalian boleh membuat pendaftaran akaun KWSP anak dan membuat sedikit jumlah simpanan untuk mereka di dalam akaun tersebut.

Manfaat Buka Akaun KWSP Anak

  1. Dapat mengajar anak memupuk budaya menyimpan pada usia yang masih muda
  2. Persediaan perancangan simpanan jangka masa panjang anak dan lebih terjamin
  3. Secara automatik akan menerima insentif tambahan dari pihak Kerajaan sebanyak RM 250 setiap tahun
  4. Mendapatkan dividen patuh syariah untuk setiap tahun
  5. Sebagai ahli KWSP secara automatik layak tuntut bantuan khas khairat kematian sebanyak RM 2,500

Insentif Tambahan RM 250

Jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang, anak akan menerima insentif tambahan sehingga RM 250 bagi setiap tahun.

Di bawah telah disediakan panduan cara membuat pendaftaran akaun KWSP anak yang boleh didapati di KWSP.

Panduan Cara Daftar Akaun KWSP Anak

Kepada para penjaga / Ibu bapa yang mempunyai anak  yang berumur 14 tahun dan ke atas layak untuk membuka akaun KWSP anak. Kalian hanya perlu melalui cawangan kiosk KWSP untuk membuat pendaftaran tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP.

  • Untuk membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP, anda perlu sediakan Kad Pengenalan anak dan cap jari di mana-mana kiosk KWSP berhampiran
  • Seterusnya sila maklumkan kepada pegawai KWSP yang bertugas untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah secara terus (Kebiasaan pegawai KWSP yang bertugas akan membantu buatkan di kiosk KWSP tersebut)
  • Sila beritahu pegawai KWSP yang bertugas untuk membuat daftar caruman i-saraan – Caruman secara sukarela

Nota tambahan : Untuk ibu bapa, kalian disarankan untuk membuka akaun KWSP anak sekarang kerana mereka akan menerima insentif tambahan RM 250 setahun.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat pada masa ini. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button