AirBANTUANSADE

Program Bantuan Air Percuma Sehingga 2024

Program bantuan air merupakan inisiatif skim bekalan air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat sehingga 2024. Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai program terutama inisiatif berbentuk bantuan untuk rakyat yang memerlukan.

PROGRAM BANTUAN AIR (SADE)

Salah satu program bantuan yang ada pada tahun ini adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE). Program bantuan bekalan air percuma ini merupakan pemberian kepada kumpulan sasar. Perlaksanaan bantuan khas ini bagi membantu meringankan beban dan komitmen bulanan kepada rakyat dalam kalangan keluarga yang berada dalam kelompok B40 pada tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN (SADE)

Kriteria syarat kelayakan untuk menerima Skim air darul ehsan (SADE) yang berbentuk bekalan air percuma adalah seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Menetap di neger Selangor
  • Pendapatan semasa bulanan RM5,000 dan kebawah
  • Premis kediaman yang mempunyai meter individu
  • Setiap pemohon hanya layak memohon untuk 1 akaun atau premis sahaja
  • Bantuan bekalan air percuma ini sehingga tahun 2024.

PANDUAN MOHON BANTUAN (SADE)

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi SADE – DI SINI

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi SADE dan sertakan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses semakan permohonan. Permohonan secara manual juga boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan wilayah pengurusan air Selangor atau Pusat khidmat Masyarakat (PKM).

Kepada penerima rebat sedia ada dan pemohon baru akan automatik layak menikmati faedah skim bekalan air percuma ini sehingga 31 Disember 2024.

PENGGUNA METER PUKAL

Untuk makluman, pengguna akaun meter pukal kategori rumah pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 mter padu air secara percuma. Inisiatif ini dibawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) secara automatik sehingga tahun 2024.

Program bantuan air percuma ini khas untuk rakyat yang menetap di negeri Selangor sahaja. Untuk mereka yang tinggal di negeri lain boleh semak mengikut negeri masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas SADE ini terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai program bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button