FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 : Dibenarkan Sebelum Aidilfitri

Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 kini dibenarkan dan boleh dilakukan oleh ahli yang berkelayakan sebelum aidilfitri 2024. Untuk makluman, ini adalah merupakan salah satu inisiatif kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh pihak KWSP.

PENGELUARAN BERSYARAT KWSP FSA2

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan dan melancarkan FSA2 KWSP bermula April lalu. Pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 kini diluluskan kepada pencarum yang layak dan memerlukan.

Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan FSA2 KWSP akan dilancarkan secara 2 fasa secara berperingkat. Sepanjang tahun ini, permohonan bagi FSA2 KWSP fasa 1 boleh dikemukakan pada bila-bila masa.

Melalui kemudahan khas ini, ahli yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan pengeluaran. Tujuan utama FSA2 diperkenalkan adalah bagi membantu para pencarum untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Dengan adanya FSA2 KWSP ini membolehkan ahli membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Untuk fasa 1, institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

KADAR PENGELUARAN BERSYARAT KWSP FASA 1

Bagi ahli KWSP yang berkelayakan, kadar pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off. Jumlah bergantung kepada terma dan syarat ditetapkan pihak bank serta baki simpanan akaun 2.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan pihak berwajib bagi pengeluaran FSA2 seperti dibawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Minimum baki simpanan dalam akaun 2 : RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 secara sekaligus

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online sepanjang tahun ini. Panduan cara memohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button