Skim Perlindungan Tenang B40 : Penerima STR Layak Mohon

Skim Perlindungan Tenang B40 merupakan inisiatif baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberikan perlindungan kewangan kepada rakyat. Kemudahan khas ini ditawarkan khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), program ini bertujuan untuk menjadikan insurans dan takaful lebih mudah diakses dan mampu milik.
Keperluan Skim Perlindungan Tenang untuk Golongan B40
Golongan B40, yang terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan rendah, sering kali menghadapi risiko kewangan yang lebih tinggi berbanding dengan kelompok lain. Oleh itu, skim ini menjadi penting dalam usaha untuk meningkatkan tahap perlindungan kewangan mereka.
Dengan perlindungan yang tepat, individu dalam kategori ini dapat merasa lebih selamat dan bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka. Antara manfaat utama skim perlindungan ini adalah ianya mudah, murah, dan sangat mudah diakses.
Ini bermakna rakyat Malaysia, terutama penerima STR dan golongan B40, dapat menikmati perlindungan insurans atau takaful tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan, mereka kini dapat memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.
Syarat Kelayakan Skim Perlindungan Tenang 2025
Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun sahaja
- Pendapatan rendah atau sederhana (golongan B40)
- Mendaftar melalui saluran yang sah seperti agen atau platform digital syarikat takaful/ insurans yang berdaftar.
Kemudahan terbaharu yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI ini adalah sangat memberi manfaat kepada orang ramai kerana takaful amat penting bagi diri dan waris jika berlaku sebarang musibah. Kepada yang belum memiliki sebarang insurans, anda disarankan untuk dapatkan manfaat skim perlindungan tenang ini.
Panduan Mohon Skim Perlindungan
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Berikut adalah panduan untuk daftar permohonan ;
- Semak syarikat insurans / takaful yang berdaftar
- Anda perlu tentukan jenis perlindungan yang sesuai
- Daftar permohonan melalui cawangan atau secara online (sertakan dokumen asas yang diperlukan)
- Buat bayaran mengikut polisi yang dipilih
- Terima sijil perlindungan
Nota : Anda perlu simpan dokumen untuk rujukan dan tuntutan. Untuk lebih informasi atau sebarang pertanyaan, sila layari laman web rasmi – https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/perlindungan-tenang
Maklumat Lanjut
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan pada tahun ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.