BANTUANFasa 1STRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

STR Fasa 1 : Bantuan Tunai Dikreditkan Bermula Februari 2024

STR Fasa 1 : Bantuan tunai sehingga RM500 akan mula dikreditkan berperingkat pada bulan Februari 2024 seluruh Malaysia. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini secara rasmi diteruskan untuk tahun kedua bagi sesi 2024.

BANTUAN TUNAI STR FASA 1

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan tidak lama lagi. Pembayaran STR fasa pertama akan diberikan secara berperingkat mulai bulan hadapan.

Bayaran bantuan tunai STR akan dilakukan secara 2 kaedah iaitu pengkreditkan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dengan adanya insentif khas ini akan membantu meringankan beban rakyat sebelum menjelang bulan ramadhan.

KADAR BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT KATEGORI

Apa yang menarik adalah kadar pemberian fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 telah dinaikkan sehingga RM500 berbanding tahun lalu RM300. Di bawah adalah pecahan kadar pembayaran fasa 1 yang akan diagihkan mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) – RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) – RM500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) – RM500
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) – RM500

KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) – RM100
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) – RM150
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) – RM250
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) – RM300

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang berumur 21-59 tahun : RM100
  • Warga emas berumur 60 tahun keatas : RM150

Nota : Diatas adalah kadar bayaran bagi fasa pertama sahaja, jumlah keseluruhan sehingga RM3,700 akan diagihkan mengikut pecahan sehingga fasa keempat.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima bantuan tunai ini, kini semakan status dan kemaskini masih dibuka untuk kemudahan umum. Anda disarankan membuat semakan status dan pengemaskini maklumat terkini bagi mendapatkan jumlah bayaran bersesuaian pada tahun ini.

Untuk semakan status bayaran dan pendaftaran baharu, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button