BANTUANBKKJKMKanak-kanak

BKK 2024 : Program Bantuan Tunai Sehingga RM1000 Sebulan

BKK 2024 : Program Bantuan tunai sehingga RM1000 sebulan kini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan yang masih dilaksanakan bagi sesi tahun 2024.

PROGRAM BANTUAN BKK 2024

Untuk makluman umum, program bantuan kanak-kanak atau (BKK) adalah sebuah insentif bulanan dibawah Belanjawan 2024. Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengendalikan sepenuhnya program bantuan khas ini.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan istimewa ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan penjaga kepada anak-anak yang kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan kos sara hidup dan terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbersaran anak.

Permohonan dibuka sepanjang tahun ini kepada golongan yang memerlukan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat ringkas berkenaan bantuan khas BKK ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN BKK 2024 MENGIKUT PECAHAN

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan kanak-kanak (JKM) ini adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang. Manakala maksimum bagi satu keluarga adalah sehingga RM1000 sebulan, berikut adalah pecahan kadar bantuan yang ditawarkan :

  • RM200 : Kepada seorang anak berumur 6 tahun dan kebawah
  • RM150 : Kepada seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 : Kadar maksimum untuk sebuah keluarga/ isi rumah.

KELAYAKAN DAFTAR PROGRAM BANTUAN BKK

Dibawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan khas BKK ini seperti berikut :

  • Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan sepenuhnya kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah
  • Remaja yang berumur 18 tahun keatas layak dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga tamat menengah atas.

PANDUAN MOHON BANTUAN BKK

Jika berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi dapat gunakan manfaat yang disediakan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK (JKM)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button