BKMFASA 3

BKM 2022 : Semakan Tarikh Dan Kadar Bayaran Fasa 3 Hari Ini

BKM atau nama panjangan Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2022 oleh pihak Kerajaan.

Untuk makluman, Bantuan BKM ini melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Melalui BKM bantuan ini diberikan khas kepada golongan sasar iaitu kepada yang berpendapatan rendah dan sederhana dari segi bantuan tunai.

Kepada yang terlepas pandang, pembayaran BKM ini melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Pembayaran akan diagihkan melalai 4 fasa secara berperingkat. Bagi sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah pun selesai diberikan pada penghujung bulan Mac dan Jun 2022. Kini ramai yang tertanya bilakah jadual pembayaran seterusnya, dibawah telah disediakan maklumat ringkas bagi pembayaran BKM Fasa 3.

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 (Tarikh Pembayaran)

Untuk sedia maklum, pembayaran Fasa 3 secara rasmi akan mula disalurkan pada bulan September 2022. Masih belum ada pengumuman tarikh rasmi, mengikut pembayaran fasa 1 dan 2, dijangkakan pembayaran fasa 3 BKM akan mula diberikan pada penghujung bulan September 2022. Segala maklumat terkini berkenaan BKM akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Bantuan Keluarga Malaysia (Kadar Bayaran)

Bagi kadar bayaran BKM fasa 3 adalah sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Seperti fasa 2, pada pembayaran Fasa ketiga nanti akan dijangkakan ada penambahan bayaran tambahan. Sekiranya anda ingin kemaskini atau semak status BKM anda, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Maklumat Tambahan

Pada tahun 2022 selain daripada program bantuan BKM ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun in yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button