eGumisWang Tidak Dituntut

Semakan Jika Anda Mempunyai WTD Yang Boleh Dituntut

Ramai yang telepas pandang berkenaan perkhidmatan yang disediakan. WTD atau Wang Tidak Dituntut adalah merupakan wang yang tidak dituntut oleh seseorang individu dari pelbagai sumber.

Mengikut data, ramai yang terlepas pandang bahawa mereka mempunyai WTD yang boleh dituntut melalui Jabatan Akauntan Negara. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan WTD ini, panduan semak dan tuntut seperti berikut.

Apa Itu Wang Tidak Dituntut ?

Wang Tidak Dituntut atau WTD ini adalah merupakan duit yang perlu dibayar kepada pemilik (anda) yang sepatutnyadari sisi undang-undang dalam tempoh masa yang tertentu yang telah ditetapkan di bawah akta WTD 1965. Wang tersebut boleh datang dari macam-macam sumber tertentu seperti dibawah :

  • Gaji, upahan, komisyen atau bonus
  • Wang yang berkaitan yang perlu dibayar oleh majikan kepada kakitangan atau pekerja
  • Dividen
  • Duit simpanan anda yang telah matang tanpa arahan pembaharuan secara automatik
  • Deposit atau cagaran (Wang yang dikutip telah mencukupi tercapai)
  • Cashier Order, Draf Bank dan dokumen berkaitan lain yang mempunyai fungsi sama dalam tempoh sah laku yang sudah luput
  • Penghutang yang berbaki kredit

Nota – Tidak semua wang sampai ke pemilik dan disebabkan itu wang tersebut automatik diserahkan kepada pihak berwajib iaitu Jabatan Akauntan Negara yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang mana pemilih boleh membuat tuntutan. Anda disyorkan membuat semakan berkenaan WTD ini, jika anda terdapat mempunyai WTD anda boleh menuntut wang anda. Panduan cara semak dan dapatkan wang WTD telah disediakan dibawah.

Semakan & Dapatkan WTD Secara Online

Jika anda ingin membuat semakan, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu membuat semakan maklumat melalui Portal Rasmi eGUMIS Jabatan Akauntan Negara – DI SINI

Anda hanya perlu ikuti arahan yang telah disediakan pada halaman tersebut sehingga selesai. Untuk makluman, proses bayaran WTD hanya akan diberikan sekiranya dokumen lengkap telah disahkan oleh pihak berwajib. Selepas selesai permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan di laman rasmi eGumis tersebut. Tekan pada senarai permohonan dan lihat pada bahagian ruangan Status.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan bagi meringankan Keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disedikan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button