BANTUANZAKAT

Bantuan LZS Peduli Sebanyak RM600 Secara One-off

Bantuan LZS Peduli (Lembaga Zakat Selangor) berjumlah RM600 diberikan secara one-off kepada rakyat yang berkelayakan. Untuk makluman umum, program bantuan zakat peduli merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan.

BANTUAN LZS PEDULI

Pihak kerajaan melalui Lembaga zakat selangor telah menyediakan insentif khas sebanyak RM600 secara sekali bayar. Pemberian ini diberikan terbuka kepada mereka yang terjejas terutama mangsa banjir yang melanda negara.

Bantuan zakat peduli ini mengutamakan golongan sasar iaitu kepada kumpulan asnaf yang ditimpa musibah ketika banjir baru-baru ini. Bantuan berbentuk kewangan ini amat penting bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pemberian bantuan zakat peduli LZS seperti dibawah :

  • Pemberian bantuan zakat ini untuk Warganegara Malaysia
  • Penerima wajib beragama islam
  • Kelahiran Selangor atau telah menetap di negeri ini melebihi 1 tahun.

KADAR JUMLAH BANTUAN

Pihak lembaga zakat Selangor telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan diberikan sebanyak RM600 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima yang layak.

TARIKH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bantuan ini masih dibuka. Bermula 21 November 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023. Bagi mereka yang berkelayakan, anda masih boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN

Berikut telah disediakan panduan permohonan bantuan zakat peduli LZS seperti dibawah :

  1. Langkah pertama sila layari portal rasmi LZS Peduli – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang mohon bantuan LZS Peduli
  3. Anda perlu is maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai.

Nota : Pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk memudahkan semakan permohonan. Senarai dokumen boleh dirujuk di laman utama portal rasmi LZS peduli.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan khas LZS ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk semakan rujukan penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button