BANTUANFasa 4SARASTRSTR Tambahan

Bantuan Tunai RM1200 Akan Dikreditkan Untuk Kategori Ini

Bantuan tunai RM1200 akan dikreditkan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah pada fasa terakhir nanti. Untuk sedia maklum, pemberian STR tahun ini hanya berbaki 1 sahaja lagi fasa pembayaran.

BANTUAN TUNAI STR 2023

Seperti yang sedia maklum, program bantuan kewangan STR telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan semasa pembentangan Belanjawan 2023. Apa yang menarik adalah kadar bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM3,100 dan jumlah bergantung kategori kelayakan.

Bayaran bagi STR 2023 akan dijalankan secara berperingkat melalui 4 fasa dan melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Kemaskini terkini, pembayaran bagi STR fasa 1 hingga fasaa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023.

Kini hanya tinggal 1 saja lagi fasa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023. Berikut adalah jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RM1200

Pada pembayaran STR fasa 4 nanti, kategori penerima bayaran bantuan tunai RM1200 akan diberikan kepada kategori :

  • Isi rumah
  • Pendapatan bulanan RM2,500 kebawah
  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan lebih

Info : Bagi kategori lain akan menerima bayaran STR fasa keempat (4) dari RM200 sehingga RM900. Jumlah tertakluk pada kategori kelayakan masing-masing yang boleh disemak melalui laman rasmi MySTR.

TARIKH BAYARAN

Untuk makluman, pembayaran bantuan tunai RM1200 STR fasa 4 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada bulan November 2023.

BANTUAN SARA (STR TAMBAHAN)

Baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pengagihan inisiatif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM600 bermula 17 Julai ini. Kepada yang tidak tahu, pemberian insentif tambahan ini ditawarkan kepada golongan isi rumah yang berstatus miskin tegar.

Bantuan yang diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Program bantuan SARA ini akan mula diagihkan setiap bulan dari Julai hingga Disember 2023.

Anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima inisiatif tambahan ini secara online. Untuk semakan status, sila ke laman rasmi MyKASIH – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button