BANTUANKerajaanMySalam

Bantuan Khas B40 RM 700 Secara Automatik Tanpa Permohonan

Skim Insentif RM 700 Untuk B40 Secara Automatik

Untuk maluman semua pada tahun 2022, terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik (tanpa permohonan).

Program skim bantuan ini amat bermanfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan B40 kerana bantuan ini diperkenalkan bagi tujuan membantu memudahkan kehidupan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan selesa apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Bantuan MySalam ini ialah sebuah inisiatif berbentuk skim Takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Dana Amanah MySalam.

Manfaat Skim MySalam

Program skim bantuan ini amat bermanfaat kepada mereka yang layak, di bawah telah disediakan berkenaan manfaat yang akan diterima seperti berikut :

  1. Bakal menerima bayaran RM 8,000 yang akan disalurkan dalam masa yang akan diumumkan kelak
  2. Skim Perlindungan MySalam ini akan diperluaskan kepada para penerima bantuan BKM pada tahun ini
  3. Bakal menerima insentif bayaran bantuan harian untuk masa tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 40 sehari atau bersamaan RM 700 setahun

Syarat Kelayakan Skim MySalam

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan sebelum anda membuat penebusan seperti berikut :

  • Individu yang berumur dari 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu Oku berumur dari 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahun RM 24,000 dan ke bawah
  • Individu yang berumur dari 40 tahun sehingga 65 tahun layak dengan pendapatan tahunan RM 24,000 dan ke bawah

Cara Tebus Skim MySalam 

Di bawah telah disediakan panduan cara umtuk anda tebus Mysalam RM 700 seperti berikut :

  1. Untuk membuat semakan penbuasan, Sila layari Portal Rasmi MySalam – KLIK DI SINI
  2. Untuk makluman, kepada penerima bantuan kewangan sebelum ini iaitu BSH / BPR, anda secara automatik layak dan maklumat akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
  3. Kepada penerima yang layak akan dimaklumakan menerusi sistem SMS
  4. Jika anda layak namun tidak dapat pengesahan SMS, anda disyorkan hubungi talian khas MySalam – 1 300 888 938 atau menghantar emel di info@mysalam.com.my

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain dari program bantuan skim MySalam ini terdapat lebih banyak lagi bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi golongan B40. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button